SELAMAT HARI BAPA, AYAH
Bismillahirrahmanirrahim...
ayah, aku ada ayah. seorang yang tak suka bila melihat anaknya terlibat dengan benda yang disukai. aku suka menyanyi, ayah tak suka. aku suka makeup, ayah tak suka. aku nak kongsi cerita dengan ayah, tapi aku takut ayah akan perlekeh aku. pibg sekolah aku tak pernah datang. tak pernah singgah kelas aku, cikgu aku pun dia tak tahu. siapa kawan-kawan kelas aku. bitrthday aku pun dah berapa tahun dia tak pernah wish. bila aku minta duit, dia akan ungkit cakap aku asyik minta duit. sebab tu aku takut nak minta duit dia, dan kalau boleh aku nak cari duit sendiri. tapi aku dah merasa kerja sambil belajar, dan ianya susah. nak atau tak, aku kena pilih salah satu..
aku benci keluarga ayah sebab layanan mereka buruk pada umi. malah ayah sendiri pun sama. ada masa aku rasa bersyukur umi ayah bercerai, dengan harapan semoga mereka dapat kecapi kebahagiaan mereka masing-masing. sebenarnya banyak benda aku kecil hati dengan ayah, dan orang yang tak tahu cerita aku akan cakap, siapa aku untuk kecil hati dengan ayah??
sekarang... bila aku dah bertahun tak duduk dengan ayah, aku rindu ayah.tapi bukan baru sekarang aku ingat ayah. walaupun aku ada depan mata ayah, aku tetap rundu ayah masa aku kecik-kecik dulu. aku taktau kenapa ayah tak mampu nak treat aku macam anak orang lain. mampu ketawa bersama ayah mereka..
tapi, kalau aku kenang balik.. kalau ayah tak sayang aku, dia takkan buat benda2 kecik yang aku rasa besar maknanya. walaupun ayah selalu berkira kalau aku nak beli apa2, tapi ayah akan belikan breakfast kesukaan aku. pagi waktu dia balik kerja, jadi dia akan belikan aku nasi lemak dengan rendang ayam. lepastu dia balik, solat subuh lepastu kadang aku tak siap iron baju, dia tolong iron-kan. aku suka naik motor, jadi pagi2 ayah akan hantar aku pegi sekolah naik motor. kadang dia ambik aku balik sekolah naik motor.
masa kecik, aku bangun pagi nak sekolah tadika, ayah mesti dukung. dia tahu aku tak mandi air sejuk, jadi dia masakkan, atau umi kadang masakkan air panas untuk aku mandi.
ayah memang bukan penyayang. ayah memang cengih orangnya. tapi aku tau, dia sayang aku. ayah manusia biasa yang buat kesilapan.
ada kawan-kawan aku, yang ayah mereka lebih teruk dari ayah aku. ada yang kaki pukul, ada yang sakit, ada yang langsung tak bagi nafkah pada anak-anak dan isteri. walhal ayah aku, walaupun dah bercerai, alhamdulillah masih tak lupa untuk beri aku duit nafkah. selama aku masih belajar.
ada orang tanya, macam mana aku boleh telan semua ni? semua tidak termasuk yang aku cerita. banyak lagi yang aku tak perlu cerita. tapi apa aku fikir adalah, aku tak perlu kenang benda pahit yang lepas. bersyukur dengan apa Allah beri. dan jangan pandang orang yang lebih dari kita, pandang orang yang jauh lagi sedih keadaanya dari hidup kita..
harapan aku, semoga Allah kurniakan aku seorang suami yang sangat penyayang. mencintaiku sepenuh jiwa raganya. menjadi ayah yang sempurna untuk anak-anak kami. aku tak mahu anak-anakku merasa ketidaksempurnaan sebuah keluarga. aku mahu, anak-anak aku dikelilingi keluarga yang baik, bahagia dan selesa. dan tatkala mereka dewasa nanti, bila mereka berkahwin, mereka akan menghargai pasangan mereka, mendidik anak-anak mereka dengan kasih sayang yang aku dan suamiku ajarkan. dan biarlah kasih sayang dan erat kekeluaragaan ini kekal sampailah ke generasi seterusnya... amin...
Comments
Post a Comment