AKU SAYANG KAMU DAN KAMU!!!
Hari ini, pertama kalinya aku menulis blog di blog aku sendiri. Sebelum ini, segala coretan dan luahan semuanya ku luah pada cik diari kesayangan. Cerita tentang 'crush' pula, aku lebih gemar tulis di dalam words sebab banyak sangat nak cerita, lenguh jari jemariku auch! 😂
Disebabkan ini task Madame Aishah, ku create blog aku sendiri. Lepasni, lebih banyak menaip daripada menulis ya? Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah!! (saya mudah terhibur)
Permulaan blog ini, aku ingat nak tulis pasal crush aku. Tapi aku takut kalau aku sedih sebab crush aku nanti ha dah jenuh nak kena delete balik apa aku tulis. Dah lah ini task untuk Madame Aishah yang cantik awet muda. Hmm... So, aku nak tulis pasal...........
KASIH SAYANG 💓
Aku tak baik. Aku ada banyak masalah hidup. Lagi-lagi masalah dengan diri sendiri. Aku pernah benci mak ayah aku. Aku pernah memberontak. Aku rasa mak ayah aku tak adil. Bila mereka berdua berpisah dalam jalan yang kami satu sama lain tak sangka. Aku benci bila ayah aku ada orang lain. Aku benci bila mak aku ada orang lain. Bayangkan, aku duduk sorang-sorang kat rumah, mak ayah keluar untuk mencari kebahagiaan masing-masing. Rasa tak adil. Rasa terbuang. Ya, aku rasa TERBUANG!
Masa ni, apa aku mintak, mostly dapat lah. Tapi taklah minta phone mahal2 ke apa ke kan. Tapi kiranya nak makan sedap ke nak baju baru ke nak apa dapat. Sebab parents aku ni mencuba untuk bagi aku bahagia. Nak bagi kasih sayang. Tapi macam mana pun, hari2 mesti menangis. Sebab aku rasa hidup aku macam dalam DRAMA.
Banyak lagi benda aku nak luah. Tapi, aku dah memaafkan mereka dan memaafkan diri aku sendiri. Aku kena belajar yang mak ayah aku adalah MANUSIA BIASA. Mereka tidak minta untuk berpisah dan tidak minta untuk tidak bahagia. Bila mak ayah aku mula berkahwin dengan pasangan masing-masing dan memulakan hidup baru, aku cuba reda. Tak senang nak reda. Allah ku, Rabb ku yang Maha Mengetahui pedih dan peritnya 'reda' ini. Aku belajar yang bejuta orang yang hidupnya lebih sedih dari aku. Ada diantara mereka yang menjadi mangsa penceraian, terus dibuang keluarga kerana mak ayah mereka tak mau bela mereka dah. Ada yang dipukul, didera dan ada pula kes rogol dan sebagainya. Aku beruntung! Aku sangat beruntung ! Aku antara yang Allah pilih untuk diuji tapi aku beruntung! Aku tak ada dalam situasi teruk sebegitu. Dan aku percaya bahawa mak ayah aku sayangkan aku. Cuma mereka sendiri turut kecewa. Mereka juga ingin beri kebahagiaan dan kesempurnaan untuk aku.
Aku masih belum sempurna menerima keadaan ini, seikhlasnya. Tapi aku juga mencuba, dan aku akan terus mencuba. Aku tetap sayang dan mendoakan kebahagiaan mereka kerana aku tahu, jika mereka sedih, dan aku juga berlebih lebih turut duka dan bersedih. Aku tak mahu jalan yang mereka pilih ini adalah sebuah kesilapan. Aku nak jalan ini yang memang Allah takdirkan, adalah jalan untuk menguji kasih sayang kami, dan kami akan teguh dan terus bersatu hati walaupun dalam keadaan yang begini.
Aku dulu (dan sampai sekarang) kadang2 tak faham kenapa mak aku macam ni ayah aku macam tu. Bila aku fikir balik. Oh, mak ayah aku tu manusia! Dia buat kesilapan! kalau aku boleh minta mereka untuk terima aku seadanya, sebegitu juga harus aku menerima seadanya mereka. Kerana walaupun apapun mereka dan siapapun mereka dimata orang, tetap Syurga dan harta berharga yang aku ada. Aku tak ada adik beradik lain, jadi dua ketul itu lah harta ku. Perginya umi dan ayah suatu hari nanti apabila dijemput oleh Rabb ku, maka hilanglah satu persatu keistimewaan aku sebagai yg masih memiliki ibu bapa.
Pesan aku, aku tak sempurna. Berbuih aku pernah berkata aku benci mak dan ayah aku. Aku memang bukan anak yang baik. Tapi, tak pernah sekali aku lupa mendoakan mereka. Kerana walau bagaimana marah, benci, dendam aku pada mereka, aku tetap sayang mereka dan aku tau mereka sayang aku lebih dari segala-galanya. Ambil cerita aku sebagai pengajaran hidup, semoga kamu yang membaca ini jadi anak yang soleh solehah dunia akhirat ya ! 💓👪
Comments
Post a Comment